Total Tayangan Halaman

Rabu, 16 November 2011

Rahsia Seks Lelaki dan Wanita


Lelaki mempunyai rahasia-rahasia seks yang amat sukar untuk diluapkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahasia-rahasia tersebut. Apabila lelaki mendekap atau mencium isterinya itu tidak berarti bahwa lelaki itu mau melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara umum terdapat 4 rahasia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu istrinya berkaitan dengan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mau Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mau hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahwa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima adalah bagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mau rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima semata-mata tidak cukup untuk sebagian besar lelaki.



2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki 
Hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglihatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istima'
Wanita perlu tahu bahwa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit gairahnya bila saja melihat sosok tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar gairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulailah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istim yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mau Mulai Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mau memulai seks, wanita juga patut sadar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Rahasia Seks Wanita
Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menumpahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami faham sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat menekan bila isteri mau melakukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri buang karena ini memangnya sudah menjadi kisaran semula jadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.


(Rahasia Perkawinan)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar